APA ITU HABBATUS SAUDA?
Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan timur tengah dan Mediterranean. Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang. Nama saintifiknya adalah NIGELLA SATIVA. Ia juga dikenali dengan nama Habbatus Sauda (Arab), Kalounji (India), Black Cumin (Inggeris), Jintan Hitam (Melayu) serta banyak lagi.
Habbatus sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Nabi Muhammad (SAW) telah mengamalkannya sejak seribu tahun dulu. Minyak habbatus sauda juga dijumpai tertanam dengan mumia Tutankhamen di Mesir sebagai ubat untuk bekalan di kehidupan lain seperti kepercayaan mereka.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
1. Antiinflamasi
2. Antiarthritis, mengubati reumatik.
3. Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
4. Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
5. Antiseptik
6. Antivirus, mengubati demam dan flu.
7. Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
8. Urinary tract, mengubati saluran kencing dan batu ginjal.
9. Sistem imunisasi, meningkatkan daya tahan tubuh
10. Gastrointestinal tract, diarrhea dan konstipasi
11. Sistem sirkulasi,meningkatkan kinerja jantung,melancarkan peredaran darah
12. Nematocidal, mengubati cacing pita.
13. Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
[/url]